Tiga beradik dirai serentak di pentas konvokesyen UniSZA

Tiga beradik dirai serentak di pentas konvokesyen UniSZA

ASMA’ Mohd. Yusoff (kanan) dan dua kakaknya, Husna (tengah) dan Sarah teruja meraikan detik istimewa di Majlis Konvokesyen UniSZA Ke-16 di Kuala Nerus, semalam. – UTUSAN/KAMALIZA KAMARUDDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA NERUS: Tiga beradik melakar kenangan manis apabila diraikan serentak pada Majlis Konvokesyen Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) Ke-16 di sini, semalam.

Husna Mohd. Yusoff, 33, dan dua adiknya, Sarah, 32, serta Asma’, 30, yang berasal dari Tumpat, Kelantan mengikuti pengajian Diploma Pasca Siswazah Pendidikan untuk mengejar impian bergelar guru.

Asma’ berkata, sebelum ini, mereka bekerja sebagai guru kelas al-Quran dan fardu ain (KAFA) di Tumpat.

Menurutnya, mereka tiga beradik mendaftar untuk me­nyambung diploma tersebut bagi memenuhi impian ibu bapa yang juga bertugas sebagai pendidik sebelum ini.

“Ibu kami, Jaharah Hamzah, 62, dan ayah, Mohd. Yusoff Mamat, 61, memang teringin sa­ngat lihat kami bertiga jadi guru kerana yakin kami dapat menabur bakti kepada anak murid dengan cemerlang.

“Setelah berbincang panjang lebar dengan suami, Mohamad Syahrul Rahzi, 30, dan mendapat keizinannya, saya pun nekad menyambung pengajian di UniSZA.

“Alhamdulillah, kami semua dapat menamatkan pengajian dengan lancar setelah setahun menimba ilmu di UniSZA,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia.

Ketiga-tiga beradik itu adalah antara 2,818 graduan yang menerima ijazah doktor falsafah (PhD), ijazah sarjana, ijazah sarjana muda dan diploma dalam konvokesyen yang berlangsung empat hari bermula Ahad lalu.

Tambahnya, perjalanan hi­dup mereka bertiga sangat istimewa kerana turut melanjutkan pengajian di peringkat ijazah sarjana muda di universiti sama sebelum ini iaitu di Universiti Sains Islam Malaysia, Negeri Sembilan.

“Rezeki kami dapat belajar tempat sama dan ini tidak akan kami lupakan kerana dapat melalui begitu banyak memori indah bersama kami,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya