Terkejut lihat ular sawa seberat 180 kg leka baham kambing peliharaan bapa

Terkejut lihat ular sawa seberat 180 kg leka baham kambing peliharaan bapa

HAMDAN Mahadi (tiga kiri) bersama anggota lain menunjukkan ular sawa yang ditangkap selepas membaham seekor kambing betina di Kampung Late Rek, Kuala Krai, Kelantan-IHSAN BOMBA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA KRAI: Seorang remaja terkejut melihat seekor ular sawa batik seberat 180 kilogram (kg) sedang leka membaham kambing betina peliharaan bapanya di kawasan kebun getah dekat Kampung Lata Rek di sini semalam.

Kejadian itu disedari oleh anak kepada pemilik kambing tersebut Mohd. Syazwan Zafri Mohd. Salleh, 17, semasa sedang menjadi haiwan tersebut yang hilang sejak kelmarin.

Mohammad Salihin, 21, berkata, dia mengetahui kejadian tersebut selepas menerima panggilan dari adiknya yang melihat perkara itu sekitar pukul 10 pagi.

Menurutnya, Mohd. Syazwan kemudian terus pulang ke rumah dan memaklumkan perkara tersebut kepada bapa sebelum menghubungi pihak bomba untuk tindakan lanjut

“Semasa mencari kambing yang hilang di kebun getah, adik telah ternampak ular sawa batik sepanjang enam meter itu sedang membaham haiwan peliharaan ayah.

“Ayah memelihara 10 ekor kambing untuk menambahan pendapatan selain menoreh getah,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Sementara itu, Ketua Pasukan Bomba Sukarela Guchil, Hamdan Mahadi memberitahu, beliau bersama enam anggota lain mengambil masa hampir dua jam untuk membawa reptiliar tersebut keluar dari kebun getah.

Katanya, penduduk kampung turut membantu memudahkan urusan tersebut disebabkan keadaan yang berbukit selain ular sawa itu sangat berat.

“Reptiliar ini akan serahkan kepada pihak berkenaan untuk tindakan lanjut,” ujarnya.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya