Terengganu perkenal aplikasi ‘Jodoh Darul Iman’

Terengganu perkenal aplikasi ‘Jodoh Darul Iman’

MALIAMAN KASSIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Golongan bujang di Terengganu yang belum berkahwin boleh mencari pasangan hidup menerusi aplikasi ‘Jodoh Darul Iman’ yang bakal dilancarkan kerajaan negeri dalam masa terdekat.

Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Perpaduan Nasional Negeri, Maliaman Kassim berkata, antara syarat untuk bakal pengguna aplikasi itu ialah orang bujang sahaja atau ibu dan bapa tunggal yang berhasrat untuk mencari jodoh.

Menurutnya, perkahwinan yang dibenarkan pula adalah untuk kali pertama sahaja dan bukan untuk berpoligami.

“Aplikasi ini akan diperkenalkan setelah Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu (YPKT) mengadakan simulasi untuk memastikan ia berjalan lancar.

“Kita berharap lebih ramai golongan bujang, ibu atau bapa tunggal akan mendapat pasangan hidup dengan cara patuh syariah mengikut acuan Islam,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia, semalam.

Aplikasi itu dibangunkan oleh YPKT bertujuan memastikan proses pencarian jodoh dalam kalangan penduduk Terengganu berjalan dalam kerangka selari ajaran Islam.

Maliaman berkata, ia akan membantu golongan yang berkeinginan untuk berkahwin bagi mendapatkan pilihan calon yang memenuhi kriteria kedua belah pihak.

“Kita juga mahu mencipta suasana yang harmoni dan penuh kesopanan antara generasi muda yang ingin memulakan kehidupan suami isteri dengan menjaga adab pergaulan sebelum berkahwin.

“Apabila sudah ‘berkenan’, bakal pasangan tidak boleh keluar berduaan sebaliknya, pertemuan antara dua pihak akan diatur bersama kaunselor yang bertanggungjawab untuk memastikan proses perkenalan nanti berjalan mengikut syariah,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya