PETALING JAYA: Rakyat dijangka berdepan kenaikan harga barangan keperluan harian seperti sayur-sayuran, ikan, buah-buahan dan produk tenusu susulan musim tengkujuh yang mula melanda negara. Mengikut trend tahun-tahun sebelum ini, harga barangan akan meningkat berikutan kekurangan bekalan, terutamanya disebabkan gangguan kepada aktiviti pertanian dan perikanan. Presiden Persatuan Pengguna Kedah (CAKE), Mohd. Yusrizal Yusoff berkata, selain sayur-sayuran dan ikan, buah-buahan juga dijangka berdepan risiko kenaikan harga akibat cuaca yang tidak menentu. “Bekalan buah-buahan tempatan yang terjejas, menyebabkan harga di pasaran melonjak. Ia memaksa pengguna mencari alternatif lain untuk memenuhi keperluan harian mereka.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya