Tengkujuh: Nelayan mula ‘simpan’ bot di kawasan selamat

Tengkujuh: Nelayan mula ‘simpan’ bot di kawasan selamat

NELAYAN memindahkan sampan mereka ke tempat selamat sebagai persiapan menghadapi musim tengkujuh di Pantai Pachakan, Pasir Puteh, Kelantan. – UTUSAN/TOREK SULONG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASIR PUTEH: Golongan nelayan pesisir Pantai Pachakan dan Kampung Dalam Rhu Semerak, di sini, mula menyimpan bot di kawasan selamat sebagai langkah awal menghadapi musim tengkujuh.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Mohamed Bakri Abdullah, 44, berkata, langkah awal itu bagi menggelakan mereka berdepan tugas sukar sebagai sahaja hujan mulai turun.

“Masuk sahaja musim tengkujuh kawasan pesisir pantai akan dilanda ombak besar dan angin kuat.

“Situasi itu bukan sahaja boleh merosakan bot, malah menyebabkan kawasan pesisir pantai berdepan hakisan,” katanya ditemui di Pantai Pachakan Semerak di sini semalam.

Mohamed Bakri memberitahu, bagi melancarkan kerja-kerja memindahkan bot ke kawasan selamat nelayan akan menyewa traktor.

Katanya, kebiasaan bot akan disimpan berhampiran kawasan rumah yang jaraknya hanya 100 meter dari kawasan pantai.

Sementara itu, seorang penduduk Kampung Dalam Rhu, Fatimah Ismail, 59, berkata, penduduk tidak lagi memasang penghadang angin menggunakan daun kelapa kerana kaedah itu tidak banyak membantu.

Katanya, selain itu pembinaan penghadang angin tidak dapat dibina kerana kawasan belakang rumah berdepan hakisan akibat banjir dan ombak besar tahun lalu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya