Tengkujuh: 1,600 tan metrik ikan disimpan tampung keperluan - Utusan Malaysia

Tengkujuh: 1,600 tan metrik ikan disimpan tampung keperluan

MUHAMMAD Faiz Fadzil (tengah) menyampaikan bantuan kemudahan dan peralatan perikanan nelayan pantai pada Program Rahmah Mesra Madani Bersama Nelayan PNK Marang di Marang, hari ini. - UTUSAN/ZAID MOHD.NOOR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MARANG: Sebanyak 1,600 tan metrik ikan sejuk beku disimpan untuk menampung bekalan ikan yang mencukupi di seluruh negara sepanjang tempoh Monsun Timur Laut bermula bulan ini.

Pengerusi Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), Muhammad Faiz Fadzil berkata, daripada jumlah tersebut, sebanyak 150 tan metrik ikan akan dibekalkan LKIM yang disimpan persatuan nelayan manakala selebihnya ditampung pihak swasta.

Menurutnya, sebahagian daripada bekalan ikan sejuk beku itu juga diimport pihak swasta untuk menampung keperluan tersebut.

“LKIM memberi jaminan bekalan ikan di seluruh negara mencukupi sepanjang tempoh tengkujuh,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Program Rahmah Mesra Madani Bersama Nelayan Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) Marang di sini, hari ini.

Pada masa sama, Muhammad Faiz berkata, pihaknya mengingatkan peniaga supaya tidak mengambil kesempatan menaikkan harga ikan pada sepanjang tengkujuh.

Menurut, kenaikan harga ikan yang mendadak pada sepanjang tengkujuh tidak sepatutnya berlaku kerana bekalan ikan adalah mencukupi termasuk di Pantai Timur.

“Tidak wajar membangkitkan sentimen ‘monsun’ untuk meraih keuntungan mudah dengan menaikkan harga sumber protein berkenaan kerana bekalan itu dijamin mencukupi,” ujarnya.

Selain itu, tambahnya, LKIM turut menyediakan 2,000 bangkul makanan untuk diagihkan kepada kepada nelayan yang terjejas di tiga negeri di Pantai Timur.

Sebelum ini, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan musim tengkujuh bermula pada 5 November ini dan berterusan sehingga Mac 2025, dengan jangkaan lima hingga tujuh episod hujan lebat berlaku sepanjang tempoh itu.

Ketua Pengarah MetMalaysia, Mohd. Hisham Mohd. Anip berkata, semasa fasa awal tengkujuh dari November hingga Disember, hujan lebat dijangka melanda Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor, Sarawak dan Sabah.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya