Tengku Amir Shah berkenan lancar Karnival Ban Canal

Tengku Amir Shah berkenan lancar Karnival Ban Canal

Karnival Ban Canal
TENGKU Amir Shah berkenan bersama Saipolyazan M. Yusop (tengah) melepaskan 10,000 benih ikan baung sebagai simbolik pelancaran Karnival Ban Canal 2024 dekat Kampung Parit 14, Simpang 5, di Sabak Bernam, Selangor, hari ini. - UTUSAN / AFIQ RAZALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SABAK BERNAM: Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah berkenan melancarkan Karnival Ban Canal 2024 dengan melepaskan 10,000 benih ikan baung ke dalam Ban Canal sebagai simbolik kepada permulaan karnival tersebut, hari ini.

Pada majlis tersebut, baginda turut berkenanan menyempurnakan pelepasan perlumbaan kayak dan kanu.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan (GCEO) Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) (MBI), Saipolyazan M. Yusop berkata, antara matlamat penganjuran adalah mendidik masyarakat tentang penjagaan alam sekitar dan memelihara keunikan biodiversiti di Sabak Bernam khususnya di Ban Canal.

“Selain kita menyediakan program yang bersukan, aktiviti kemasyarakatan, kita juga menyedarkan masyarakat betapa pentingnya memelihara alam sekitar terutama sekali Ban Canal yang dibina puluhan tahun dahulu oleh British yang digunakan untuk perairan sawah di sini.

“Jadi, perlunya mereka mengekalkan Ban Canal contohnya dan juga segala biodiversiti yang ada di sekitar ini dan diharapkan dengan program sebegitu semakin ramai mereka yang cintakan alam sekitar, menyokong segala inisiatif kerajaan dalam memelihara alam sekitar di Selangor,” katanya ketika ditemui pemberita pada Majlis Pelancaran Karnival Ban Canal 2024, hari ini.

Utusan Malaysia sebelum ini melaporkan Karnival Ban Canal kembali lagi dengan menyasarkan lebih 20,000 pengunjung untuk menyertai pelbagai aktiviti sepanjang program berlangsung selama enam hari bermula 26 November hingga 1 Disember ini.

Antara aktiviti yang diadakan seperti kayak marathon, kayak sprint, perahu naga dan tradisional, jualan hasil tani tempatan, wall climbing, flying fox, larian bendang, Jualan Ehsan Rahmah, saringan kesihatan percuma, tazkirah malam Jumaat dan Konsert Ban Canal.

Selain itu, terdapat juga pameran daripada jabatan kerajaan dan agensi kerajaan negeri seperti Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) (MBI), Jabatan Perikanan, Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), Jabatan Pertanian, Agrobank, Hospital Sultan Abdul Aziz Shah yang menjalankan pemeriksaan kesihatan percuma dan sebagainya.

Pada esok, selain aktiviti air dan jualan hasil tani, pengunjung boleh menghadiri Bengkel Sukan Air yang berlangsung dari pukul 10 pagi hingga 6 petang dan paling istimewa Roadshow Selangor Red Giants (SRG) To M6 World Championship bermula pukul 8.30 malam.

Ban Canal berkembang bukan sekadar sumber pertanian, malah menjadi destinasi pelancongan, malah selain sebagai terusan, ia kini menjadi destinasi rekreasi bagi komuniti setempat.

Dalam pada itu, Saipolyazan menasihatkan pengunjung supaya mmenggunakan perkhidmatan yang disediakan untuk berkunjung ke tapak karnival seperti ruang letak kereta dan bas untuk masuk ke kawasan penganjurannya.

“Tahun pertama, maklum balas yang kita dapat ramai  kata tak tahu. Tetapi, pada tahun lepas, makin ramai yang tahu, sebab dalam edaran pun kita maklumkan kalau datang, jangkakan perjalanan lebih panjang sebab ramai akan datang.

“Kita juga sediakan empat bas untuk membawa pengunjung dari tempat letak kereta ke tapak karnival bagi memudahkan mereka datang dan nikmati program yang disediakan,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN