Tasik Paya Bungor sepi tanpa pengunjung

Tasik Paya Bungor sepi tanpa pengunjung

Antara infrastruktur terbiar dan usang di Tasik Paya Bungor yang terletak berhampiran Kampung Paya Bungor, Kampung Paya Rambutan dan Kampung Gelugor di Kuantan, Pahang. – UTUSAN/SALEHUDIN MAT RASAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Tasik Paya Bungor yang sebelum ini kawasan rekreasi popular dalam kalangan pelancong domestik dan luar negara, kini terbiar, sepi dan suram sejak hampir 20 tahun lalu.

Sebelum ini, terdapat pelbagai kemudahan penginapan seperti chalet, surau, deretan kedai makan, tandas awam dan tempat berehat bagi pengguna yang ingin berehat setelah penat memandu.

Boleh dikatakan, Tasik Paya Bungor menjadi kawasan rehat dan rawat (R&R) kepada pemandu jarak jauh dari Kuantan ke Kuala Lumpur dan sebaliknya.

Namun kini, segala keindahan dan kedamaian Tasik Paya Bungor hilang. Malah, tinjauan Utusan Malaysia mendapati, deretan rumah kedai, balai serba guna dan surau jeti di kawasan itu telah rosak dan ada juga sudah roboh kerana tidak diselenggara sehingga dilitupi semak samun.

Ketua Kampung Paya Bungor, Shamsuddin Ahmad, 63, berkata, pada 2005, Tasik Paya Bungor pernah menghimpunkan 100 artis dan personaliti tanah air dalam Fiesta Media Idola 2005 (FMI ‘05) anjuran Kelab Sukan Shahzan Muda, menjadikan kawasan itu cukup meriah dengan pelbagai aktiviti.

“Selepas FMI ‘05, Tasik Paya Bungor terus malap berikutan dua syarikat yang diberi konsesi membangunkan tasik semula jadi itu, gagal menjadikannya lokasi pelancongan.

“Pihak Jawatankuasa Pembangunan dan Kemajuan Kampung (JPKK ) Paya Bungor, Paya Rambutan dan Kampung Gelugur berdekatan tasik turut terkesan apabila aset semula jadi itu terbiar dan tidak dimanfaatkan,” katanya di sini.

Pada 1996 semasa Pahang menjadi tuan rumah Sukan Malaysia (Sukma), Tasik Paya Bungor dijadikan lokasi acara sukan air seperti berkayak dan lumba perahu.

Bagi Presiden Persatuan Sahabat 60-an Pahang, Kamaruzaman Hassan, kerajaan negeri perlu segera memulihkan Tasik Paya Bungor kerana potensi dan keindahannya setanding Tasik Chini dan Tasik Bera.

“Sedihnya tasik itu kini terbiar dan tidak dipedulikan menyebabkan pelbagai kemudahan penginapan dan infrastruktur yang disediakan untuk pengunjung menjadi kawasan belukar dan ‘taman hutan’,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya