Tapak binaan pusat logistik buat sambungan paip haram digempur

Tapak binaan pusat logistik buat sambungan paip haram digempur

Paip haram
AKMAL Nasrullah Mohd. Nasir melihat sambungan haram yang dibuat di tapak pembinaan tersebut dekat sebuah tapak pembinaan di Seksyen 15, Shah Alam, Selangor, hari ini. - UTUSAN / AFIQ RAZALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Kegiatan sebuah tapak pembinaan pusat logistik disyaki melakukan sambungan paip haram di Seksyen 15 di sini, sejak lima bulan lalu tumpas apabila digempur pihak berkuasa hari ini.

Serbuan itu dilakukan pasukan penguatkuasaan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN), kira-kira pukul 11.30 pagi tadi yang mendapati mendapati wujud satu sambungan paip jenis polietilena berketumpatan tinggi (HDPE) berukuran 32 milimeter (mm) secara terus kepada paip utama Air Selangor.

Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Akmal Nasrullah Mohd. Nasir berkata, operasi itu dijalankan hasil maklumat daripada Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd. (Air Selangor) mengenai sambungan bekalan air tidak sah di lokasi tersebut.

“Selain itu, terdapat dua sambungan paip jenis sama yang berukuran 25mm kepada tetiang meter air lama. Kegiatan itu dipercayai dilakukan sejak lebih lima bulan lalu bagi aktiviti harian di tapak pembinaan tersebut,” katanya yang mengetuai operasi itu ketika ditemui, hari ini.

Jelasnya, siasatan mendapati premis itu turut tidak mempunyai akaun bekalan air yang sah berdaftar dengan Air Selangor.

“Kes berkenaan disiasat SPAN mengikut Seksyen 123 (1) Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 (Akta 655). Kesalahan itu memperuntukkan denda maksimum RM100,000 atau penjara tidak lebih setahun atau kedua-duanya sekali,” ujarnya.

Tambah beliau, sebanyak 10,927 aduan mengenai kegiatan itu direkodkan di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya, dari antara Januari hingga 26 November lalu.

“Sehingga 22 November lalu, anggaran kerugian penggunaan air itu melibatkan 919,417 meter padu atau RM2.54 juta.

“Kecurian air merupakan salah satu faktor yang menyumbang kepada Kadar Air Tidak Terhasil (NRW) dan operasi penguatkuasaan akan dijalankan secara berterusan,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya