KANGAR: Rakyat Malaysia yang merancang bercuti ke Thailand dinasihatkan menangguhkan perjalanan ke sana ekoran banjir semakin memburuk khususnya di selatan negara gajah putih itu. Dalam masa sama, mereka yang kini berada di selatan Thailand diingatkan agar berwaspada, memantau kemas kini cuaca dan mengikuti pengumuman serta nasihat pihak berkuasa tempatan. Konsul Jeneral Malaysia di Songkhla, Ahmad Fahmi Ahmad Sarkawi berkata, mereka perlu berhati-hati jika perlu pergi ke selatan Thailand dalam tempoh ini. “Hujan lebat berterusan sejak beberapa hari lalu menyebabkan banjir teruk, memaksa ribuan orang dipindahkan ke seluruh wilayah selatan di…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya