Tahanan juga rakyat negeri Perak

Tahanan juga rakyat negeri Perak

AB. Wahab Azizul Hassan menyampaikan kurniaan makanan tengah hari kepada tahanan di Pusat Koreksional Batu Gajah semalam. – UTUSAN/MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BATU GAJAH: Seramai 408 tahanan yang menjalani proses pemulihan di Pusat Koreksional Batu Gajah (PKBJ) di sini menikmati makanan tengah hari lazat perkenan Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah sempena ulang tahun hari keputeraan baginda yang disambut secara rasmi semalam.

Orang Besar Jajahan (OBJ) Kinta, Datuk Ab. Wahab Azizul Hassan berkata, baginda berkenan mengurniakan hidangan makanan tengah hari itu kepada 408 tahanan PKBJ tidak mengira lelaki dan wanita.

“Baginda bertitah tahanan juga merupakan sebahagian rakyat negeri Perak yang perlu turut sama diraikan.

“Mereka serupa dengan komuniti di luar, tiada perbezaan dan patut diberikan peluang untuk meraikan bersama,” katanya.

Beliau ditemui pemberita pada Majlis Penyerahan Sumbangan Makanan Kepada Orang Tahanan Bersempena sambutan ulang tahun hari keputeraan baginda Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah di PKBJ di sini semalam.

Turut hadir, Pengarah PKBJ, Penolong Komisioner Penjara, S. Tanabal Socklingam.

Ab. Wahab Azizul berkata, sambutan kali ini diadakan serba ringkas namun memberikan makna yang cukup bererti kepada semua rakyat Perak.

“Tidak semua dapat hadir pada majlis ini namun menikmati bersama mereka cukup memberikan erti,” katanya.

Sumbangan makanan ini merupakan kali kedua diedarkan, sama seperti pada tahun lalu sempena ulang tahun keputeraan baginda Sultan Perak.

PKBJ dibuka sejak 1902 dan dahulunya dikenali sebagai Kinta Prison.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN