Supermoon terakhir 2024 muncul malam ini

Supermoon terakhir 2024 muncul malam ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Fenomena Supermoon yang terakhir untuk tahun ini diramalkan berlaku di seluruh dunia hari ini pada pukul 11.18 pagi GMT (kira-kira 7.18 malam waktu Malaysia).

Menurut sumber falak tempatan, kejadian tersebut bakal menyaksikan jarak bulan dari bumi sejauh 361,867 kilometer (km) dengan diameter jasad samawi itu ialah 33.18 arc.

Walau bagaimanapun, Agensi Angkasa Malaysia (Mysa) menerusi hantaran infografik pada awal bulan ini memaklumkan jarak insiden berkenaan lebih dekat iaitu 360,109 km.

Ia turut menyatakan Supermoon itu akan dapat dilihat jelas di negara ini pukul 7.14 malam, sehari selepas berlakunya kemuncak juraian meteor Taurid Utara di langit.

Mysa turut mengesahkan fenomena itu bakal terjadi sebelum bulan memasuki tempoh fasa penuh atau kelazimannya disebut sebagai purnama pada pukul 5.31 pagi Sabtu ini.

Meskipun hanya bersifat kejadian angkasa, Supermoon terakhir 2024 yang turut diberikan nama Beaver’s Moon itu, dijangka mengakibatkan banyak kawasan rendah dinaiki air.

Situasi itu dapat dilihat menerusi laman sesawang Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (Jupem) memaparkan beberapa lokasi di tepi laut akan mengalami air pasang perbani.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya