SSPA: 70 peratus penjawat awam N. Sembilan telah beri maklum balas - Utusan Malaysia

SSPA: 70 peratus penjawat awam N. Sembilan telah beri maklum balas

MOHD. Zafir Ibrahim (tiga dari kanan) menyampaikan hadiah kepada pemenang pertandingan sempena Sambutan Hari Integriti Peringkat Pentadbiran Kerajaan Negeri Sembilan di Seremban semalam.-UTUSAN/NAZARUDIN SHAHARI.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Kira-kira 70 peratus daripada lebih 400 penjawat awam di bawah Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri, Negeri Sembilan telah memberi maklum balas terhadap Skim Saraan Penjawat Awam (SSPA).

Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan, Datuk Mohd. Zafir Ibrahim berkata, pihaknya percaya baki kakitangan yang lain akan berbuat demikian sebelum tarikh akhir pada akhir bulan ini.

Katanya, kakitangan di semua peringkat pentadbiran kerajaan negeri telah menerima maklumat yang tepat mengenai skim berkenaan melalui sesi libat urus yang dianjurkan bersama Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

“Kita masih di peringkat penawaran dan pemilihan opsyen untuk skim berkenaan. Sehingga kini, saya tidak menerima sebarang bantahan atau keinginan untuk tidak mahu menyertai SSPA,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Sambutan Hari Integriti Peringkat Pentadbiran Kerajaan Negeri Sembilan di sini semalam.

Menurut Mohd. Zafir, secara umumnya semua penjawat awam di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri memberi maklum balas positif terhadap perlaksanaan SSPA.

“Negeri Sembilan mempunyai lebih 6,000 penjawat awam daripada pelbagai jabatan dan agensi serta lebih 400 orang di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri,” ujarnya.

Beliau berkata, pihaknya berharap dapat menyelesaikan urusan skim tersebut lebih awal dari tarikh akhir iaitu pada 30 November ini.-UTUSAN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya