SPRM siasat Fashion Valet jika ada rasuah, penyelewengan, salah guna kuasa

SPRM siasat Fashion Valet jika ada rasuah, penyelewengan, salah guna kuasa

AZAM BAKI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bersedia menjalankan siasatan terhadap pengurusan perniagaan fesyen atas talian Malaysia, Fashion Valet Sdn Bhd (Fashion Valet) berhubung laporan kerugian RM43.9 juta.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, SPRM akan bertindak untuk membuka siasatan sekiranya wujudnya elemen rasuah, penyelewengan atau penyalahgunaan kuasa.

“SPRM sedang meneliti isu pelaburan Khazanah dan PNB berhubung pelaburan ke atas perniagaan fesyen atas talian tersebut,” katanya di sini semalam.

Terdahulu, Pemerhati Rasuah Malaysia (MCW) dalam satu kenyataan berkata, SPRM perlu menjalankan siasatan menyeluruh terhadap pengurusan perniagaan fesyen atas talian Malaysia itu.

MCW berkata, siasatan juga perlu dilakukan dalam proses pelaburan oleh Khazanah Nasional Bhd. (Khazanah) dan Permodalan Nasional Berhad (PNB) bagi memastikan tiada unsur penyelewengan atau penyalahgunaan kuasa dalam pelaburan itu.

Dalam masa sama, tambahnya, MCW turut mencadangkan supaya tadbir urus korporat dalam institusi pelaburan awam seperti Khazanah dan PNB ditingkatkan.

Jelasnya, ia termasuk dengan memperkenalkan kawalan yang lebih ketat dan prosedur penilaian yang lebih teliti sebelum pelaburan besar diluluskan, terutama dalam sektor yang berisiko tinggi seperti e-dagang.

Pada Isnin lalu, media melaporkan, Khazanah dan PNB menanggung kerugian RM43.9 juta ekoran penjualan pelaburan minoriti mereka dalam Fashion Valet seperti yang dinyatakan dalam jawapan bertulis Kementerian Kewangan kepada pertanyaan yang diterbitkan di laman web Parlimen.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya