Sorok pukat tunda diguna di perairan zon A

Sorok pukat tunda diguna di perairan zon A

Pukat tunda
SET pukat tunda yang dirampas dekat Jeti Bagan Sungai Kajang, Tanjong Karang, di Kuala Selangor, Selangor, semalam. - UTUSAN/ ISKANDAR SHAH MOHAMED
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA SELANGOR: Helah pemilik bot menyembunyikan set pukat tunda di dalam stor berkunci di Jeti Bagan Sungai Kajang, Tanjong Karang di sini, gagal apabila diserbu pihak berkuasa.

Perkara itu dikesan sepasukan penguat kuasa Jabatan Perikanan Selangor yang menyerbu seluruh kawasan berkenaan, kira-kira pukul 11 pagi.

Pengarah Jabatan Perikanan Selangor, Noraisyah Abu Bakar berkata, operasi khas itu dijalankan hasil risikan dan aduan awam mengenai kegiatan bot zon A menggunakan pukat tunda bagi menangkap ikan.

“Pemeriksaan lanjut mendapati pemilik menyorokkan pukat tunda bersaiz kecil di dalam stor bagi mengaburi pihak berkuasa. Pemiliknya didapati menyimpan pukat itu di dalam sebuah stor berkunci di jeti tersebut.

“Selepas dibuka, anggota kami kemudian menemukan peralatan termasuk papan tunda dan jaring,” katanya ketika ditemui selepas operasi, semalam.

Tambah Noraisyah, pihaknya tidak dapat mengenal pasti pemilik pukat itu dan turut menyita sebuah bot bagi tindakan lanjut.

“Siasatan mendapati bot itu menjalankan aktiviti yang menyalahi undang-undang dan beroperasi tanpa lesen. Semua barangan rampasan bernilai RM24,000 itu dibawa ke Pusat Tahanan Vessel Kuala Selangor bagi siasatan mengikut Seksyen 8 (a) dan 8(c) Akta Perikanan 1985,” ujarnya.

Utusan Malaysia hari ini melaporkan kira-kira 30,000 nelayan kecil terus berdepan isu
pencerobohan bot pukat tunda di zon yang digazetkan kepada kumpulan itu sehingga menjejaskan sumber perikanan di kawasan berkenaaan.

Penceroboh bot pukat tunda itu bukan sahaja mengaut hasil laut di zon perikanan nelayan tradisional (Zon A) hingga menjejaskan pendapatan nelayan, malah mereka meninggalkan pukat sekali gus memusnahkan unjam dan tukun dibina nelayan kecil. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya