Siasatan kes dadah penyanyi popular Kelantan, lima rakan hampir selesai-Polis Thailand

Siasatan kes dadah penyanyi popular Kelantan, lima rakan hampir selesai-Polis Thailand

JADSADAVIT Inprapan
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUNGAI GOLOK, THAILAND: Polis Thailand mengesahkan siasatan melibatkan enam rakyat Malaysia termasuk penyanyi wanita popular dari Kelantan yang ditahan bersama 6,000 biji pil kuda di sebuah hotel di sini hampir selesai.

Ketua Polis Daerah Sungai Golok, Kolonel Polis Jadsadavit Inprapan berkata, ketika ini pihaknya sedang menunggu bukti cap jari milik keenam-enam suspek dan jenis kandungan dadah yang terdapat di dalam badan mereka menerusi ujian urin.

Menurutnya, pemeriksaan cap jari itu untuk melihat samaada kesemua suspek tersebut pernah melakukan kesalahan atau tidak di Thailand.

“Ujian urin itu dibuat mengetahui sama ada mereka positif dadah atau sebaliknya dan jenis kandungan bahan terlarang yang terdapat di dalam badan.

“Apabila semuanya selesai, kami (polis) akan membuat kesimpulan (laporan penuh) dan menyerahkan kepada pihak pendakwa raya secepat mungkin.

“Sepanjang proses siasatan, semua suspek memberikan kerjasama baik sepanjang proses siasatan dilakukan,” katanya ketika ditemui pemberita di sini semalam.

Jadsadavit memberitahu, pada masa sama kerajaan Thailand menawarkan khidmat guaman kepada semua suspek terlibat termasuk penterjemahan bahasa untuk proses membela diri.

Katanya, bagaimanapun semua itu terpulang kepada suspek untuk menerima perkhidmatan yang disediakan atau sebaliknya mengupah peguam lain bagi melawan kes terbabit.

“Buat masa sekarang kami belum dimaklumkan lagi mereka mahu menggunakan peguam atau tidak,” ujarnya.

Jadsadavit berkata, siasatan akan dijalankan dengan telus dan teliti agar keputusan yang terbaik dapat diputuskan mengikut undang-undang yang ditetapkan.

Utusan Malaysia sebelum ini melaporkan, penyanyi wanita yang popular dengan lagu-lagu daerah negeri ini ditahan polis Thailand bagi membantu siasatan berkaitan rampasan 6,000 biji pil kuda dalam serbuan di sebuah hotel di Golok, Thailand.

Kesemua individu termasuk penyanyi berusia 20-an itu  ditahan dalam serbuan pada pukul 5 pagi waktu tempatan.

Susulan itu, kesemua mereka di reman selama 84 hari atau hampir tiga bulan bagi membantu siasatan berhubung kes tersebut.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya