Separuh penerima STR tidak bayar balik PTPTN

Separuh penerima STR tidak bayar balik PTPTN

ZAMBRY ABDUL KADIR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Seramai 189,580 penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) tidak pernah membuat bayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir berkata, jumlah tersebut merangkumi 45.7 peratus daripada 415,109 peminjam yang tidak pernah membuat bayaran balik berdasarkan data peminjam sedia ada.

Katanya, baki peminjam berkaitan iaitu 225,529 orang pula merupakan bukan kumpulan penerima STR.

“Bagi tempoh sama sehingga 31 Ogos lalu, seramai 1,710 peminjam di bawah Parlimen Jerantut tidak pernah membuat bayaran balik pinjaman mereka iaitu berjumlah RM38.17 juta,” katanya dalam jawapan bertulis yang disiarkan di laman web Parlimen.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Khairil Nizam Khirudin (PN-Jerantut) yang memintanya menyatakan daripada 430,000 peminjam, berapa ramai tidak pernah membuat sebarang pembayaran balik.

Terdahulu, media melaporkan, PTPTN akan mengambil tindakan terhadap 430,000 peminjam yang tidak pernah membayar hutang membabitkan sebanyak RM6 bilion.

Zambry berkata, sikap tidak bertanggungjawab mengakibatkan kedudukan kewangan PTPTN kini di tahap membimbangkan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya