Sekumpulan penyeludup lari tinggalkan 24 kotak ayam beku

Sekumpulan penyeludup lari tinggalkan 24 kotak ayam beku

AYAM sejuk beku seludup dari Thailand lari lintang-pukang selepas kegiatan mereka di pangkalan haram Yasin, Rantau Panjang, Kelantan-IHSAN PGA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RANTAU PANJANG: Sekumpulan individu yang sedang leka memunggah kotak-kotak ayam beku seludup dari Thailand lari lintang-pukang selepas kegiatan mereka di pangkalan haram Yasin di sini diserbu anggota Batalion 8 Pasukan Gerakan Am (PGA) semalam.

Rampasan ayam sejuk beku bernilai RM3,300 itu dilakukan menerusi rondaan rutin Op Taring Wawasan Kelantan pada pukul 4 petang.

Komander Briged Tenggara PGA Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab. Hamid berkata, semasa melakukan rondaan anggota bertugas telah ternampak sekumpulan individu sedang memunggah kotak-kotak dalam keadaan mencurigakan.

“Menyedari kehadiran anggota PGA, kesemua suspek telah melarikan diri.  Hasil pemeriksaan di lokasi telah menjumpai 22 kotak ayam beku yang dipercayai diseludup dari Thailand ditemui di dalam pengkalan haram tersebut,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Nik Ros Azhan memberitahu, kes disiasat dibawah Sek 135 (1)(e) Akta Kastam 1967 dan  kesemua barangan rampasan dibawa ke Balai Polis Rantau Panjang untuk tindakan lanjut.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya