Sang bedal kembali resahkan penduduk Kampung Tengah

Sang bedal kembali resahkan penduduk Kampung Tengah

Seekor buaya tembaga seolah-olah ‘bersantai’ di tebing Sungai Malim berhampiran Tanah Perkuburan Islam, Kampung Tengah, Klebang, Melaka Isnin lalu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Kemunculan seekor buaya tembaga seolah-olah bersantai di tebing sungai Malim berhampiran Tanah Perkuburan Baru Kampung Tengah, Klebang dekat sini Isnin lalu kembali mencuri perhatian penduduk berhampiran.

Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Klebang Besar, Hamzah Ibrahim berkata, buaya yang dianggarkan sepanjang dua meter dengan anggaran berat lebih 200 kilogram (kg) dilihat kira-kira pukul 6 petang Isnin lalu.

Menurut beliau, kemunculan reptilia itu sudah dimaklumkan kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Melaka.

“Saya diberitahu Perhilitan akan memantau kekerapan kehadiran buaya berkenaan di kawasan tersebut sebelum sebarang tindakan akan diambil.

“Kemunculan semula buaya ini sebenarnya meresahkan penduduk. Mereka ingatkan apabila seekor buaya seberat 200kg ditangkap di Sungai Malim, Malim Jaya, bulan lalu reptilia ini sudah tidak ada lagi.

“Rasanya lama juga buaya tembaga ini tidak muncul di sepanjang sungai di Kampung Tengah dan saya berharap Perhilitan bertindak segera,” ujarnya ketika ditemui di sini semalam.

Hamzah berkata, beliau ya­kin buaya yang muncul itu dipercayai bukan yang membaham yang beberapa ekor kam­bing milik penternak di situ pada Mei lalu.

Sementara itu jurucakap Perhilitan berkata, pihaknya ada menerima aduan dan foto yang dihantar berhubung kemunculan buaya tembaga tersebut.

Menurutnya, perangkap ma­sih dipasang di sungai Malim di Malim Jaya yang berjaya memerangkap seekor buaya tembaga sepanjang 3.35 meter dan berat 200kg, 2 Oktober lalu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya