Usia 82 tahun tidak halang berceramah 80 kali sebulan

Usia 82 tahun tidak halang berceramah 80 kali sebulan

IBRAHIM Istar Mat Jat masih aktif menyampaikan ceramah agama di seluruh masjid dan surau di Perak walaupun telah berumur 82 tahun. – UTUSAN/MEGAT LUTFI MEGAT RAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TAPAH: Seorang penceramah bebas, Ibrahim Istar Mat Jat masih aktif menyampaikan ceramah agama di seluruh masjid dan surau di Perak walaupun sudah berumur 82 tahun.

Malah, jadual ceramahnya yang merangkumi fiqh, ilmu tauhid, tasawuf dan pengajian kitab cukup padat sehingga pernah mencecah 80 kali setiap bulan.

“Syukur kerana setakat ini saya tidak mempunyai sebarang penyakit kronik dan masih boleh memandu kenderaan dengan baik.

“Ramai kawan-kawan yang khuatir akan keselamatan saya jadi mereka menawarkan diri untuk menjadi pemandu jadi saya ikut sahajalah,” katanya kepada Utusan Malaysia semalam.

Bekas guru subjek bahasa Inggeris ini mula mengajar agama selepas bersara lebih 30 tahun yang lalu.

Bercerita mengenai petua dia kekal sihat dan bertenaga, Ibrahim berkata tiada yang spesifik cuma kekal konsisten berpuasa sunat dan solat sunat tahajud.

“Sebenarnya, kedua-dua ama­lan sunat itu yang menjadi rahsia saya selain selagi bernyawa akan terus menyampaikan ilmu kerana itulah bekalan pada hari akhirat kelak.

“Saya ingin menjadi insan yang kaya di dunia dan akhirat selain lebih ramai terutamanya umat Islam yang memahami ilmu agama,” katanya yang terkenal dengan ceramahnya yang turut menggunakan bahasa Inggeris sebagai perantara.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN