SYDNEY: Saintis di Universiti New South Wales (UNSW) Australia berjaya mencipta kaedah baharu untuk mengesan kesegaran susu menggunakan motor getaran yang terdapat dalam setiap telefon pintar. Inovasi teknologi yang dinamakan VibMilk ini membolehkan pengguna memeriksa sama ada susu rosak atau masih selamat untuk diminum tanpa perlu membuka botolnya. Sistem ini menggunakan motor getaran dan unit pengukuran inersia (IMU) yang terdapat dalam telefon pintar bagi menilai kesegaran susu dengan ketepatan tinggi. Menurut Profesor Wen Hu dari Fakulti Sains Komputer dan Kejuruteraan UNSW, VibMilk menggunakan pendekatan tidak invasif untuk menguji susu tanpa…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya