SABDA: MBI Selangor terima pengiktirafan antarabangsa

SABDA: MBI Selangor terima pengiktirafan antarabangsa

MBI
ZANNIFA Azura Ahmad (tengah), menerima Anugerah Kelestarian Forward Faster 2024 di bawah kategori Partnership for the Goals untuk inisiatif Sabak Bernam Development Area (SABDA).
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) (MBI) menerima Anugerah Kelestarian Forward Faster Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Jaringan Impak Malaysia dan Brunei (UNGCMYB) 2024 di bawah kategori ‘Partnership for the Goals’.

Anugerah yang diperkenalkan oleh UNGCMYB itu mengiktiraf usaha serta dedikasi MBI terhadap pembangunan mampan yang dicapai melalui kerjasama berimpak tinggi, selaras dengan ‘UN Sustainable Development Goals’ (UNSDGs).

Menurut MBI Selangor, pengiktirafan di bawah kategori tersebut memfokuskan kepada objektif Sabak Bernam Development Area (SABDA) dalam memperkasa komuniti tempatan dan membangunkan ekosistem mampan di Sabak Bernam, sejajar dengan matlamat serta hasil yang dirancang dalam Rancangan Selangor Pertama (RS1).

“SABDA merupakan inisiatif yang menggalakkan kemakmuran ekonomi di samping mengekalkan keseimbangan antara kesejahteraan masyarakat dan pemuliharaan alam sekitar.

“Fokus utama SABDA adalah termasuk memastikan pengeluaran makanan laut yang mampan, memanfaatkan teknologi untuk meningkatkan sektor pertanian, serta mempromosikan agro-pelancongan dan eko-pelancongan di kawasan tersebut,” katanya, hari ini.

Anugerah tersebut diterima Ketua Divisyen Kewangan Kumpulan MBI Selangor, Zannifa Azura Ahmad pada Majlis UNGCMYB Sustainability Celebration Night 2024 yang berlangsung, semalam.

Tambahnya, kategori ‘Partnership for the Goals’ adalah untuk menghargai organisasi yang cemerlang dalam membentuk kerjasama yang menghasilkan perubahan yang bermakna dan lestari.

Katanya lagi, MBI Selangor berbangga kerana diiktiraf atas inisiatif kelestariannya yang berimpak tinggi, menyumbang kepada kemajuan dalam aspek manusia, alam sekitar, dan kemakmuran.

“MBI Selangor serta syarikat milikannya telah menjadi pendukung utama kepada UNSDGs dengan menyelaraskan standard dan garis panduan kelestarian global, mempromosikan inisiatif hijau, dan melaksanakan projek penglibatan komuniti.

“Bagi memperkukuh usaha penglibatan komuniti, MBI Selangor menganjurkan Karnival Ban Canal, yang sedang berlangsung sehingga 1 Disember ini,” ujarnya.

Sementara itu, dalam majlis yang sama, MBI Selangor turut memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) dengan UNGCMYB yang ditandangani oleh Ketua Divisyen Strategik Kumpulan MBI Selangor, Muhammad Hudhaifa Ahmad bersama wakil UNGCMYB.

MBI
MUHAMMAD Hudhaifa Ahmad (kiri) ketika sesi pertukaran memorandum persefahaman (MoU) dengan wakil UNGCMYB, di Kuala Lumpur, semalam.

Kerjasama tersebut memfokuskan inisiatif utama seperti membangunkan pendidikan eksekutif dan profesional untuk menangani cabaran Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) danTadbir Urus, Sosial  dan Alam Sekitar (ESG) serta meningkatkan keupayaan MBI Selangor dan syarikat milikannya.

Komitmen tersebut menunjukkan kedua-dua pihak bersedia meneroka peluang lebih luas untuk menyokong komitmen bersama terhadap kelestarian di rantau ini.

Malah, MBI turut memaklumkan kerjasama itu diyakini akan memperkukuh usaha kelestariannya, sejajar dengan agenda pembangunan kelestarian Selangor ke arah negeri pintar, berdaya huni dan makmur. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN