MOSCOW: Russia terbuka kepada rundingan untuk menamatkan perang Ukraine jika Presiden terpilih Amerika Syarikat (AS), Donald Trump memulakan usaha itu. Bagaimanapun, Duta Russia ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Gennady Gatilov menegaskan, sebarang perbincangan perlu berdasarkan realiti kemajuan Moscow. “Trump berjanji untuk menyelesaikan krisis Ukraine dalam tempoh satu malam. Baik, biar dia cuba. Tetapi kami adalah orang yang realistik, sudah tentu kami faham ini tidak akan berlaku. “Tetapi jika dia (Trump) memulakan atau mencadangkan sesuatu untuk memulakan proses politik, ia dialu-alukan,” katanya. Sebelum ini, Trump berulang kali mengkritik skala bantuan Barat…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya