Rock melon bantu ubah hidup bekas penagih

Rock melon bantu ubah hidup bekas penagih

Zack (paling kiri) mahu menjadikan tanaman rock melon untuk mengubah nasibnya agar diterima masyarakat. – UTUSAN/AMRAN MULUP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: “Saya tekad hendak ubah hidup dan serik bergelumang dengan najis dadah hingga rumah tangga saya hancur, hilang isteri dan anak. Sesalan yang tidak ada gunannya lagi,” ujar seorang bekas penagih dadah, Zack yang kini menjalani rawatan pemulihan.

Lelaki berusia 41 tahun itu adalah antara 32 bekas penagih dadah menjalani Rawatan dan Pemulihan Dalam Komuniti (RPDK) yang kini mengikuti Latihan Khas menerusi projek ‘Melon To Million’ di Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM), Pulau Gadong di sini anjuran Jawatankuasa Pemulihan Dadah Daerah (JKPD) Alor Gajah.

Menurutnya, stigma masyarakat masih tidak menerima bekas penagih dadah yang sudah pulih hingga dia sukar menjalani kehidupan normal seperti orang lain serta sukar mendapatkan pekerjaan.

“Tanggapan masyarakat susah untuk diubah dan status saya sebagai bekas banduan dan bekas penagih dadah menyukarkan saya mencari pekerjaan. Sepatutnya bekas penagih yang sudah kembali pulih perlu sokongan masyarakat setempat.

“Keputusan saya menyertai projek ini adalah tepat untuk mengubah hidup saya jadi lebih baik dengan ada sumber pendapatan yang saya sifatkan sebagai permulaan kehidupan baharu,” ujarnya yang berasal dari Masjid Tanah.

Zack berkata, dia berazam untuk menjadi usahawan berjaya menanam rock melon dan akan menggunakan latihan selama 75 hari mengusahakan tanaman itu untuk dia bangkit semula menjalani kehidupan lebih sempurna selepas ini.

Ujarnya, dia kesal terjebak dengan najis dadah sejak berusia 13 tahun serta mensia- siakan lebih 27 tahun hidupnya hingga rumah tangga yang dibina dengan memiliki seorang anak musnah.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya