RM2 juta naik taraf tiga klinik kesihatan

RM2 juta naik taraf tiga klinik kesihatan

keadaan di dalam Klinik Kesihatan Gelang Patah yang sesak dengan pengunjung.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Kerajaan negeri memperuntukkan RM2 juta bagi menaik taraf tiga klinik kesihatan (KK) yang uzur dan menaik taraf peralatan keperluan di klinik tersebut.

Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, peruntukan itu disalurkan untuk Klinik Kesihatan (KK) Gelang Patah, KK Majidee dan KK Tebrau.

Beliau berkata, peruntukan jangka pendek itu bagi menggantikan peralatan seperti mesin ultrasound, pendingin hawa, kerusi di ruang menunggu, kipas dinding, komputer dan mesin pencetak, ambulans serta meja dan kerusi untuk doktor dan jururawat.

“Susulan lawatan saya ke Klinik Kesihatan (KK) Gelang Patah, saya mengadakan perjumpaan bagi membincangkan isu klinik kesihatan yang daif, uzur, dan sesak di Johor iaitu tiga KK berkenaan.

“Kami membincangkan pelbagai isu dan mencadangkan penyelesaian secara berfasa untuk menangani masalah tersebut,” katanya.

Sebelum ini, Onn Hafiz yang mengadakan lawatan mengejut di KK Gelang Patah kecewa dan sedih dengan keadaan KK tersebut yang disifatkan sangat daif.

Beliau turut berkongsi keadaan ruang menunggu yang sesak dan sempit, selain keadaan fasiliti se­perti kerusi, kipas dan pendingin hawa yang usang.

Katanya, bagi penyelesaian jangka sederhana, kerajaan negeri memperuntukkan RM1 juta bagi pemindahan perkhidmatan Klinik Ibu dan Anak KK Gelang Patah ke premis lain bagi menampung keperluan penduduk di kawasan tersebut.

Tambahnya, sebanyak RM1 juta juga diperuntukkan oleh Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) untuk kemudahan tempat letak kereta orang awam di KK Gelang Patah.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya