Rizalman dilantik Profesor Adjung Jabatan al-Quran, Al-Hadith APIUM

Rizalman dilantik Profesor Adjung Jabatan al-Quran, Al-Hadith APIUM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pengasas dan Pemegang Amanah Yayasan RI, Datuk Rizalman Ibrahim dilantik sebagai Profesor Adjung Jabatan al-Quran dan Al-Hadith Akademi Pengajian Islam Universti Malaya (APIUM).

Perkara itu dimaklumkan oleh APIUM menerusi satu hantaran Facebook semalam.

“Setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada Datuk Rizalman Ibrahim atas pelantikan sebagai Profesor Adjung, Jabatan al-Quran dan Al-Hadith, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya,” kata hantaran itu.

Anak kelahiran Georgetown, Pulau Pinang itu sebelum ini merupakan seorang pereka fesyen yang terkenal di Malaysia. 

Profesor adjung merupakan gelaran kehormat kepada profesional dan  tokoh korporat yang mempunyai kepakar­an dan berpengalaman luas dalam sesuatu bidang. Individu itu dilantik sebagai tenaga pengajar sambilan di institusi pengajian tinggi.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya