Restoran eksotik daging hidupan liar digempur

Restoran eksotik daging hidupan liar digempur

Daging eksotik
TIGA individu yang ditahan dan daging hidupan liar dirampas (gambar kecil) dekat sebuah restoran eksotik dekat Banting, di Kuala Langat, Selangor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LANGAT: Kegiatan sebuah restoran makanan eksotik menyimpan daging hidupan liar secara tidak sah dekat Banting di sini, mengundang padah apabila digempur pihak berkuasa, Sabtu lalu.

Ketua Pengarah Perhilitan, Datuk Abdul Kadir Abu Hashim berkata, serbuan kira-kira pukul 11 pagi itu dijalankan sepasukan pegawai dan anggota Unit Jenayah Hidupan Liar (WCU) Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) menemukan sejumlah besar hidupan liar disyaki daging buaya, babi hutan dan biawak bernilai kira-kira RM75,151.

“Kesemua daging berkenaan disimpan tanpa dokumen dan permit yang sah. Kita turut menahan tiga individu berusia lingkungan 30 hingga 60-an masing-masing seorang wanita tempatan dipercayai pemilik premis dan dua pekerja lelaki warga Bangladesh,” katanya kepada pemberita, hari ini.

Beliau menambag, siasatan awal mendapati restoran itu aktif menjual hidangan eksotik sejak tiga tahun lalu.

“Restoran itu turut tular baru-baru ini kerana mempromosikan hidangan eksotik menerusi platform media sosial. Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 60 dan Seksyen 68 Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 (Akta 716) selain boleh dikenakan hukuman di bawah Akta Pemuliharaan Hidupan Liar (Pindaan) 2022 (Akta A1646),” ujarnya.

Dalam pada itu, Abdul Kadir memberitahu, WCU akan menjalankan operasi seumpama itu secara berterusan bagi memerangi jenayah hidupan liar dan melindungi spesies terancam. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya