MARANG: Seorang remaja lelaki berusia 13 tahun dari Kampung Bukit Kulim, dekat sini kini memikul tanggungjawab menjaga ibu kandungnya yang diserang angin ahmar sejak 20 Oktober lalu. Fiqball Iman Firdaus merupakan anak tunggal Ramlah Andot, 51, berkata, serangan itu menyebabkan tangan sebelah kiri ibunya lumpuh, selain keupayaan pergerakan terhad. Menurutnya, dia ‘berkampung’ di Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu menguruskan ibunya yang menerima rawatan selama seminggu di hospital berkenaan selepas diserang angin ahmar. “Ma (Ramlah) ajar saya melakukan kerja-kerja mengurus rumah dan saya sudah biasa bantunya. Hubungan kami begitu rapat…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya