Remaja beri alasan hilangkan diri untuk lepak, main PS2 - Utusan Malaysia

Remaja beri alasan hilangkan diri untuk lepak, main PS2

MUHAMMAD SYAWAL Abdullah yang dilaporkan hilang pada 5 November lalu ditemukan selamat pulang ke rumah.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLUANG: Menghilangkan diri semata-mata untuk melepak dan main permainan PS2 bersama-sama rakan-rakan.

Seorang remaja yang dilaporkan hilang pada 5 November lalu sanggup memberikan alasan tidak sihat dan enggan ke sekolah sebelum keluar dari rumah tanpa pengetahuan ibu dan ayahnya.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kluang, Superintenden Nik Mohd. Azmi Husin berkata, selepas gagal dikesan selama lima hari, Muhammad Syawal Abdullah, 14, ditemukan berada di dalam rumahnya kira-kira pukul 3.30 pagi semalam oleh orang tuanya.

Remaja berkenaan mengakui pergi ke rumah kawannya yang juga di Kampung Melayu untuk melepak dan bermain permainan PS2.

“Remaja berkenaan turut menyatakan ada pulang ke rumah dalam tempoh lima hari itu ketika ibu dan bapanya tiada di rumah untuk makan dan mandi sebelum keluar semula ke rumah kawannya itu.

“Pengadu yang juga ibunya kemudiannya datang ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kluang untuk menarik semula laporan selepas mendapati anaknya dalam keadaan baik dan tiada apa-apa yang mencurigakan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Pada 9 November, media melaporkan seorang remaja yang juga anak keempat daripada lima beradik hilang dari rumah sejak 5 November lalu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya