Remaja 15 tahun pandu kereta bawa beras seludup dicekup PGA

Remaja 15 tahun pandu kereta bawa beras seludup dicekup PGA

RAMPASAN beras seludup yang dilakukan oleh PGA selepas menahan remaja berusia 15 tahun di Kmapung Dangar, Pasir Mas, Kelantan semalam.-IHSAN PGA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASIR MAS: Seorang remaja berusia 15 tahun dicekup anggota Batalion 9 Pasukan Gerakan Am (PGA) selepas memandu kereta jenis Proton Persona yang sarat dengan 475 kilogram beras seludup dari Thailand semalam.

Tangkapan dan rampasan menerusi Op Taring Wawasan Kelantan itu dilakukan pada pukul 8 pagi di selepas PGA menahan kereta dipandu remaja berkenaan simpang tiga Kampung Dangar di sini.

Komander Briged Tenggara Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab. Hamid berkata, hasil pemeriksaan yang dijalankan telah menjumpai beberapa bungkusan beras dipercayai diseludup dari Thailand.

“Pemeriksaan lanjut mendapati beras tersebut tidak mempunyai dokumen yang sah. Remaja berkenaan dipercayai menjadi penghantar untuk menyeludup beras tersebut ke pasaran tempatan.

“Anggaran rampasan beras berjumlah RM 1,900,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Ujarnya, kes disiasat dibawah Seksyen 20 Akta Kawal Selia Padi dan Beras Negara 1994.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya