Remaja 15 tahun antara empat ahli sindiket along ditahan

Remaja 15 tahun antara empat ahli sindiket ah long ditahan

M. KUMAR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Seorang remaja antara empat ahli sindiket ceti haram atau ah long yang ditahan kerana mengugut mangsa menggunakan api.

Ketua Polis Johor, Datuk M. Kumar berkata, kesemua lelaki berusia antara 15 hingga 20 tahun itu ditahan dalam beberapa serbuan berasingan di Johor Bahru dan Pontian pada 15 dan 16 November lalu.

Kesemua suspek diberi upah oleh sindiket ah long untuk membuat ugutan jenayah secara khianat menggunakan api.

“Mereka diberikan upah RM1,000 untuk setiap ugutan yang dilakukan. Mereka ini juga dikesan telah bergiat aktif melakukan jenayah itu sejak Oktober lalu. Dalam serbuan berkenaan, polis turut merampas empat telefon bimbit, sebotol minyak petrol, sebotol cat merah, sebuah motosikal, sebuah Toyota Vios dan sembilan keping notis,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Modus operandi digunakan sindiket ah long itu adalah mengiklankan pinjaman wang dalam laman sosial Facebook dengan mendakwa syarikat dari Singapura.

“Sindiket akan memasukkan wang ke dalam akaun individu yang telah memberikan maklumat peribadi seperti akaun bank dan tempat tinggal walaupun mereka belum bersetuju meminjam.

“Sindiket akan memaksa peminjam membayar faedah sejumlah wang yang telah dimasukkan dengan kadar faedah tinggi dikenakan,” katanya sambil memberitahu kebanyakan mangsa adalah rakyat Malaysia yang bekerja di Singapura.

Kes disiasat di bawah Seksyen 436, Seksyen 435 dan Seksyen 507 Kanun Keseksaan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya