Rantau Panjang 'tenggelam', Sungai Golok lepasi bacaan 2014 dan 2023

Rantau Panjang ‘tenggelam’, Sungai Golok lepasi bacaan 2014 dan 2023

KEADAAN terkini Pekan Rantau Panjang, Kelantan yang ditenggelami banjir sejak semalam-IHSAN PENDUDUK.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Pekan Rantau Panjang dekat sini yang terkenal dengan jolok ‘syurga’ membeli-belah sudah ditenggelami banjir susulan limpahan ‘luar biasa’ air Sungai Golok serta hujan lebat sejak kelmarin.

Memburukan lagi keadaan, ketika ini paras air Sungai Golok berada pada tahap 11.48 sekali gus melepas bacaan tahun 2023 (11.23) dan 2014 (10.52).

Paras air Sungai Golok dijangka akan terus meningkat ekoran hujan lebat masih lagi berterusan 

Nasran Nasuha berkata, air limpahan Sungai Golok itu mulai masuk ke kawasan itu pada sebelah pagi sebelum memenuhi kawasan penempatan penduduk sekitar pukul 1 tengah hari semalam.

“Trend air kali ini berbeza, naik dengan begitu cepat sehingga membuat penduduk dan peniaga di sini terkejut. Jadi segala urus niaga telah dihentikan.

“Ketika ini saya sudah berpidah ke tingkat atas selepas bahagian bawah rumah ditenggalami air sedalam 0.5 meter,” katanya.

Seorang lagi penduduk Nik Ruzuwan Nik Nordin memberitahu, ketika ini penduduk di sekitar pekan Rantau Panjang menggunakan perahu sebagai pengangkutan utama dalam menjalankan urusan harian.

“Air naik terlalu cepat kali ini, jadi penduduk yang terlibat perlu berpindah dengan kadar segera dan jangan menunggu untuk pasukan keselamatan datang menyelamat.

“Satu lagi, saya harap penduduk dapat mengalihkan kenderaan yang dipakir berhampiran pintu masuk Kastam 1 kerana tindakan itu menyukarkan anggota penyelamat untuk menghulurkan bantuan,” ujarnya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya