Rakyat Malaysia masuk ke Golok bukan untuk berhibur

Rakyat Malaysia masuk ke Golok bukan untuk berhibur

AMIN Mayusoh (tengah) beramah mesra dengan pekerja motosikal tambang di Sungai Golok, Thailand semalam-UTUSAN/KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUNGAI GOLOK, THAILAND: Rakyat Malaysia khususnya dari Kelantan yang masuk ke sini bukan semata-mata untuk berhibur sebaliknya melancong bersama keluarga masing-masing.

Ahli Parlimen Golok Amin Mayusoh berkata, jumlah mereka yang datang untuk tujuan berhibur hanyalah sekitar 20 peratus sahaja.

“Jadi tidak adil untuk hukum dengan mengatakan mereka yang datang ke sini (Sungai Golok) semata-mata untuk berhibur. Ia, sebaliknya ia bergantung kepada tujuan masing-masing.

“Apa yang boleh saya katakan ramai yang masuk ke sini untuk makan, membeli-belah serta mengunjungi tempat-tempat menarik,” katanya ketika ditemui semalam.

Mengulas lanjut, Amin memberitahu, pelancong tidak perlu takut untuk berkunjung ke Golok kerana kawalan keselamatan sentiasa diperketatkan.

“Alhamdulillah, setakat ini tiada kejadian yang tidak diingini berlaku. Jadi kawasan Golok selamat untuk dikunjungi.

“Bagaimanapun saya ingin ingatkan supaya Malaysia masuk ke negara ini secara sah. Jangan terlibat dengan penyalahgunaan dadah kerana hukuman di sini sangat berat,” ujarnya.

Utusan Malaysia sebelum ini melaporkan, golongan muda dari Kelantan gemar ke kelab malam di Golok, Thailand untuk berhibur setiap kali hujung minggu iaitu pada malam Jumaat dan Sabtu.

Kebanjiran golongan itu menyebabkan ada dalam kalangan mereka perlu menunggu ‘syif’ atau giliran untuk memasuki kawasan tersebut dan kemudian berhibur.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya