WASHINGTON: Berjuta-juta rakyat Amerika Syarikat (AS) mula mengundi selepas pusat pengundian dibuka di seluruh negara, bagi menamatkan perlumbaan sengit antara calon Demokrat, Kamala Harris dan pencabarnya daripada Republikan, Donald Trump. Pusat pengundian pertama mula dibuka pada pukul 5 pagi (waktu tempatan) di beberapa bahagian Vermont. Namun, gelombang pembukaan besar pertama berlaku pada pukul 6 pagi (waktu timur) melibatkan Connecticut, New Jersey, New York dan Virginia, serta beberapa bahagian Kentucky serta Maine. Sementara, North Carolina, Ohio dan West Virginia dibuka pada pukul 6.30 pagi (waktu timur). Gelombang pembukaan tambahan akan berlaku…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya