Pusat hiburan di Sungai Golok terlibat dadah ditutup lima tahun

Pusat hiburan di Sungai Golok terlibat dadah ditutup lima tahun

ANIRUT Bua-On semasa ditemui pemberita di Sungai Golok, Thailand semalam-UTUSAN/KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUNGAI GOLOK, THAILAND: Pihak berkuasa Thailand akan menutup mana-mana pusat hiburan di sini selama lima tahun sekiranya didapati terbabit dengan penyalahgunaan dadah.

Ketua Daerah Sungai Golok Anirut Bua-On, berkata, tindakan itu merupakan salah satu usaha pihaknya membendung penyalahgunaan dadah dalam kalangan penduduk tempatan termasuk pelancong asing.

Menurutnya, selain itu langkah itu bertujuan mengikis imej negatif jika berhibur di kawasan berkenaan.

“Jika berlaku penyalahgunaan dadah dalam kalangan pelanggan, pengusaha pusat hiburan perlu melaporkan kepada pihak berkuasa tempatan untuk tujuan tindakan.

“Namun, jika tiada sebarang laporan berkaitan kes tersebut dibuat, kita akan mengambil tindakan yang membawa kepada penutupan premis selama lima tahun,” katanya ketika ditemui pemberita di sini semalam.

Anirut memberitahu, setiap premis hanya boleh beroperasi pada masa yang ditetapkan.

Katanya, pemilik premis turut dilarang menyediakan persembahan berunsur lucah.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN