Protes Pakistan: Empat anggota polis maut, 119 cedera

Protes Pakistan: Empat anggota polis maut, 119 cedera

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GAZA: Pertempuran ribuan penyokong bekas Perdana Menteri, Imran Khan dengan pasukan keselamatan di Islamabad, menyebabkan empat pegawai polis terbunuh dan ratusan yang lain cedera. 

Pihak berkuasa menguatkuasakan sekatan keselamatan selama dua hari selepas Imran menggesa penyokongnya berarak dan berdemonstrasi bagi menuntut pembebasannya. 

Ketua Polis Wilayah, Usman Anwar berkata, seorang pegawai polis ditembak mati, serta 119 yang lain cedera dan 22 kenderaan polis dibakar dalam pertempuran di luar Islamabad serta beberapa kawasan lain di Punjab.

Beliau turut memaklumkan dua pegawai polis berada dalam keadaan kritikal.

Parti Imran Khan, Tehreek E-Insaf (PTI) berkata, ramai penyokongnya turut cedera dalam insiden tersebut.

Menurut parti itu, perarakan berkenaan diketuai oleh isteri ketiga Imran, Bushra Bibi bersama seorang pembantu kanan, Ali Amin Gandapur yang juga Ketua Menteri Wilayah Khyber Pakhtunkhwa.

Kerajaan menggunakan kontena kargo untuk menyekat jalan-jalan utama di Islamabad, dengan pasukan polis dan tentera berkawal memakai peralatan antirusuhan.

Pegawai dan saksi berkata, semua pengangkutan awam antara bandar dan terminal di wilayah timur turut dihentikan untuk menghalang kemaraan penunjuk perasaan.

Menteri Penerangan Wilayah, Uzma Bukhari memaklumkan kira-kira 80 penyokong Imran Khan ditahan.

Sementara itu, Menteri Pertahanan, Khawaja Muhammad Asif memberitahu saluran Geo News, kerajaan berusaha mengadakan rundingan dengan pemimpin PTI untuk meredakan keadaan.

“Ia adalah satu usaha yang ikhlas, namun belum membuahkan hasil,” katanya.– REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya