Projek ECRL: Waris kekal bantah pindah kubur Selat Klang

Projek ECRL: Waris kekal bantah pindah kubur Selat Klang

Kubur ECRL
HAZLINA Hasbullah (tengah) dan Rahim Kasdi (dua, kanan) menunjukkan memorandum bantahan isu itu di luar Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, di Shah Alam, Selangor hari ini. - UTUSAN / ISKANDAR SHAH MOHAMED
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Seramai 48 waris kekal membantah penggalian dan pemindahan kubur jenazah ahli keluarga mereka di Tanah Perkuburan Islam Selat Klang bagi pembinaan projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL).

Bantahan itu disuarakan menerusi penyerahan memorandum bantahan di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini, berikutan kerja pemindahan dijangka dilakukan esok.

Wakil mereka, Hazlina Hasbullah, 48, berkata mereka membantah sepenuhnya pemindahan kubur itu dan meminta lencongan lain bagi projek tersebut apabila perbincangan lanjut dengan pihak berkaitan mengenai isu berkenaan tertangguh sejak sekian lama.

“Kami hanya mengetahui pelaksanaan kerja penggalian dan pemindahan itu hujung bulan lalu selepas pertemuan terakhir dijalankan pada Mei lalu. Kini, saya mewakili 48 waris membantah dan mahu landasan itu dilencongkan bagi mengelak kerja berkenaan dilaksanakan,” katanya ketika ditemui pemberita hari ini.

Terdahulu, dia bersama puluhan waris dan aktivis sosial, Abdul Rani Kulup Abdullah menyerahkan memorandum itu kepada Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor, Rahim Kasdi.

Sementara itu, seorang lagi waris, Mohd. Azuan Shamsir, 46, berkata tempoh bagi perbincangan sudah diberikan agak lama sebelum ini sehingga hampir enam bulan.

“Sepanjang tempoh itu, kami tidak dimaklumkan mengenai kerja pemindahan berkenaan dan dalam keadaan tertanya-tanya. Oleh itu, kami berharap kerajaan negeri dapat menyelesaikan isu berkenaan dengan cara baik,” ujarnya.

Utusan Malaysia pada Mei lalu melaporkan waris dan ahli keluarga kekal membantah penggalian dan pemindahan kubur itu bagi pembinaan projek ECRL.

Kerja penggalian dan pemindahan sebelum itu ditangguhkan seminggu bagi memberi ruang proses pemakluman dan pendengaran kepada 45 lagi waris.

Seramai 90 waris mendakwa tapak kubur ahli keluarga mereka akan digali dan hanya diberikan batu nisan sepanjang pembinaan projek berkenaan.

Lebih mengecewakan, mereka turut tidak dibenarkan menghadiri proses pengalian dan pemindahan kubur itu dengan rata-rata jasad kurang daripada dua tahun. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya