PRN17: BN putuskan Salleh kekal tanding di DUN Usukan - Utusan Malaysia

PRN17: BN putuskan Salleh kekal tanding di DUN Usukan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BELUD: Barisan Nasional (BN) Sabah mengumumkan Bendahari UMNO, Datuk Seri Salleh Tun Said akan kekal sebagai calon BN bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Usukan pada Pilihan Raya Negeri ke-17 (PRN17).

Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin mengumumkan perkara itu semasa Program Gerak17 UMNO Sabah bagi kawasan DUN Usukan semalam.

Beliau berkata, setakat ini BN telah mengumumkan dua bakal calon UMNO/BN yang akan bertanding pada PRN17 termasuk Ketua Bahagian UMNO Putatan, Jeffrey Nor yang telah diumumkan sebagai calon BN di DUN Tanjung Keramat.

Katanya, pemilihan Salleh memenuhi kriteria yang diperlukan dan ia selaras dengan aspirasi rakyat di kawasan Usukan yang mahukan Salleh terus dikekalkan.

“Beliau (Salleh) telah menaburkan bakti serta sumbangan besar kepada parti dan rakyat khususnya di kawasan ini. Jadi pemilihan beliau, selain memenuhi keteria yang diperlukan ia juga merupakan pilihan rakyat di kawasan berkenaan,” katanya.

Bung Moktar, yang juga Ahli Parlimen Kinabatangan berkata, sebagai tempat kelahiran sulung UMNO Sabah, rakyat Usukan perlu bangkit mengembalikan memontum tersebut bagi memastikan bukan hanya DUN Usukan akan dipertahankan tetapi juga DUN Tempasuk.

Katanya, ahli-ahli UMNO di DUN Usukan perlu bersatu dan bekerja sebagai sebuah pasukan bagi memastikan segala gerak kerja dan strategi yang disusun dalam membawa kemenangan kepada BN.

Jelas beliau, hampir lima tahun kerajaan sekarang mentadbir Sabah, kegagalan demi kegagalan terus menghantui rakyat di negeri ini terutamanya dalam penyediaan insfrastruktur asas dan masalah kemiskinan yang menghimpt kehidupan rakyat.

“PRN adalah masa terbaik bagi rakyat Sabah membuat pilihan yang bijak. Rakyat seharusnya tidak lagi terpedaya dengan segala slogan yang hanya gah di dengar namun pelaksanaanya kosong” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya