PRN Sabah: Salleh Said Keruak diumum bakal calon BN - Utusan Malaysia

PRN Sabah: Salleh Said Keruak diumum bakal calon BN

SALLEH SAID KERUAK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

 

PETALING JAYA:  Bekas Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Salleh Said Keruak diumumkan sebagai bakal calon Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri ke-17 (PRN17).

Pengumuman dibuat Pengerusi BN Sabah yang juga Pengerusi UMNO negeri, Datuk Seri Bung Moktar Radin pada program Gerak 17 UMNO Sabah bagi DUN Usukan di Kota Belud.

“Beliau menabur bakti dan sumbangan besar kepada parti dan rakyat, khususnya di kawasan itu. Selain memenuhi kriteria, beliau juga pilihan rakyat kawasan itu,” katanya.

Sebelum itu, Ketua Bahagian UMNO Putatan, Jeffery Nor Mohamed diumumkan bakal mewakili BN bertanding kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Keramat.

DUN Tanjung Keramat disandang Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Ir Shahelmey Yahya yang menang kerusi itu pada PRN16 pada September 2020 atas tiket BN.

Shahelmey digantung keahlian dalam UMNO selama enam tahun bermula awal tahun lalu kerana terus menyokong kepemimpinan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor selepas UMNO dan BN negeri menyatakan hilang kepercayaan terhadap Hajiji dan menarik sokongan kepada kerajaan negeri.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya