Polis Temerloh siap siaga hadapi banjir - Utusan Malaysia

Polis Temerloh siap siaga hadapi banjir

MAZLAN Hassan (lima dari kanan) bersama sebahagian media yang menerima sijil penghargaan di Ibu Pejabat polis Daerah (IPD) Temerloh di Temerloh, Pahang. - FOTO/SALEHUDIN MAT RASAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TEMERLOH: Seramai 32 pegawai dan 104 anggota polis bersama 568 anggota pelbagai jabatan bersiap siaga dan sudah melakukan persiapan rapi bagi berdepan kemungkinkan banjir di Temerloh ekoran Monsun Timur Laut (MTL) yang sudah pun bermula bulan ini.

Musibah banjir besar yang menenggelamkan Temerloh pada 2014, diikuti Mentakab pada 2021 menjadi penanda aras kepada semua pihak di daerah ini untuk melakukan persediaan rapi dan menyeluruh.

Ketua Polis Daerah Temerloh, Asisten Komisioner Mazlan Hassan berkata, pihaknya sudah pun mengatur penugasan di zon-zon yang ditetapkan selain mengenalpasti kawasan ‘hot spot’.

“Sebanyak enam zon dibahagikan untuk memudahkan sebarang maklumat dan logistik serta gerakan penyelamatan iaitu Mentakab, Lanchang, Kuala Krau dan Temerloh. Pembahagian zon-zon itu dapat memudahkan usaha penyelamatan dengan dikawal oleh Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) daerah.

“Saya juga berharap anggota yang terlibat telah bersiap sedia untuk membantu mangsa banjir dan pada Oktober lalu kita telah melakukan proses penyelamatan banjir di Mentakab, syukur tiada sebarang insiden berlaku,” katanya pada Majlis Perhimpunan Bulanan Peringkat Ibu Pejabat polis Daerah (IPD) Temerloh di sini hari ini.

Menurut Mazlan, mesyuarat dan perbincangan dengan pelbagai pihak berkaitan sudah dilakukan bagi memastikan persediaan lengkap dalam berhadapan situasi banjir.

Katanya, pihaknya serta agensi berkaitan juga sentiasa melakukan pemantuan keadaan cuaca dan kawasan di daerah ini dari semasa ke semasa. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN