Polis Kelantan guna helikopter hantar bantuan ke kawasan terputus hubungan

Polis Kelantan guna helikopter hantar bantuan ke kawasan terputus hubungan

HELIKOPTER milik PDRM telah digunakan untuk penugusan banjir yang sedang melanda Kelantan ketika ini-UTUSAN/MUSTAQIM MOHAMED.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASIR MAS: Polis Kelantan menggunakan khidmat helikopter untuk menghantar bantuan makanan ke kawasan banjir di negeri ini yang terputus hubungan.

Ketua Polis negeri Datuk Mohd. Yusoff Mamat berkata, setakat ini sembilan pusat pemindahan sementara (PPS) yang terputus hubungan telah dikenali pasti oleh pihaknya.

“Tujuh (PPS) di Tumpat manakala Rantau Panjang, dua. Alhamdulillah, setakat ini dua penerbangan telah dilakukan bermula jam 8 pagi tadi.

“Ia melibatkan dua PPS di sekitar Lubok Stol, Rantau Panjang. Jadual Penerbangan seterusnya akan melibatkan tujuh PPS di sekitar Pengkalan Kubur, Tumpat,” katanya kepada pemberita semasa sidang media di Balai Polis Repek di sini hari ini.

Mohd. Yusoff memberitahu, jika situasi menjadi lebih meruncing Polis Kelantan akan memohon bantuan dari Unit Udara Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).

Katanya, bantuan makanan kemudahan itu turut digunakan untuk membawa penduduk yang berada dalam keadaan cemas dan memerlukan rawatan segera.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya