PM hadir jawab pertanyaan menteri Khamis ini - Speaker Dewan Rakyat - Utusan Malaysia

PM hadir jawab pertanyaan menteri Khamis ini – Speaker Dewan Rakyat

ANWAR IBRAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul memaklumkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan hadir bagi menjawab pertanyaan menteri pada sidang 28 November ini.

Johari memaklumkan perkara itu sebelum sidang petang bersambung bagi perbahasan dan penggulungan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

“Pada tarikh 28 November ini, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan hadir untuk menjawab pertanyaan-pertanyaan menteri.

“Jadi Ahli Berhormat yang mempunyai soalan untuk beliau boleh kemukakan kepada Setiausaha pada esok 27 November sebelum pukul 10 pagi,” katanya di Dewan Rakyat, hari ini.

Persidangan Dewan Rakyat kali ini berlangsung 35 hari bermula 14 Oktober hingga 12 Disember.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN