PM akui kedudukan Malaysia dalam Indeks Kebebasan Media perlu diperbaiki - Utusan Malaysia

PM akui kedudukan Malaysia dalam Indeks Kebebasan Media perlu diperbaiki

ANWAR IBRAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri mengakui kedudukan negara dalam Indeks Kebebasan Media perlu diperbaiki, bagaimanapun terdapat keterbatasan terutama membabitkan isu 3R (kaum, agama, raja-raja).

Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan membenarkan rakyat bebas bersuara namun perlu menghormati kedudukan Raja-Raja Melayu.

“Kita juga terikat dengan masalah 3R, sementara kita izinkan orang bicara. Tetapi sidang dalam Raja-Raja Melayu itu sangat tegas.

“Jadi kita juga terikat dengan pandangan Raja-Raja bahawa mereka tidak mahu dan mengizinkan sebarang kecaman di khalayak tanpa tindakan.

“Kalau dibangkitkan umpamanya kecaman-kecaman terhadap saya berbakul bakul, tidak ada tindakan,” katanya sewaktu sesi Waktu Pertanyaan Perdana Menteri (PMQT) di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan tambahan dari Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan dari Datuk Awang Hashim (PN-Pendang) mengenai pendirian kerajaan terhadap kebebasan media dan kebebasan bersuara.

Dalam perkembangan lain, Perdana Menteri berkata, Akta Pendanaan Politik masih di peringkat kajian oleh jawatankuasa.

“Saya tidak ada halangan untuk disegerakan, bahkan dalam Mesyuarat Jemaah Menteri kita setuju untuk dilaksanakan tetapi biar ada parameter dibincangkan oleh jawatankuasa Parlimen berkenaan,” jelasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya