Pil Kuda: Pihak berkuasa Thailand berhak kuatkuasa undang-undang- Saifuddin Nasution

Pil Kuda: Pihak berkuasa Thailand berhak kuatkuasa undang-undang- Saifuddin Nasution

SAIFUDDIN Nasution Ismail (dua kanan) melihat batik yang dihasilkan oleh penghuni penjara selepas merasmikan Program Satu Pemimpin Satu Kampung (Santuni Madani) di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tanjung Bunga, Pasir Mas, Kelantan hari ini-UTUSAN/KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASIR MAS: Kerajaan Thailand berhak menguatkuasakan undang-undang ke atas enam rakyat Malaysia termasuk penyanyi wanita Kelantan yang ditahan bersama rampasan dadah di sebuah pusat hiburan di Golok, Thailand baru-baru ini.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, Malaysia menghormati undang-undang kerana Thailand merupakan sebuah negara berdaulat.

“Kesalahan itu didakwa dilakukan di wilayah negara mereka, jadi mereka ada hak untuk menguatkuasakan undang-undang negara mereka.

“Saya difahamkan oleh Ketua Polis Kelantan (Datuk Mohamad Yusoff Mamat) keenam-enam individu terbabit sudah dituduh dan kini sedang ditahan reman selama tiga bulan,” semasa diminta mengulas mengenai penahanan enam rakyat Malaysia bersama dadah di Thailand baru-baru ini.

Sebelum itu, beliau merasmikan Program Satu Pemimpin Satu Kampung (Santuni Madani) di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tanjung Bunga di sini.

Saifuddin Nasution bagaimanapun memberitahu, KDN akan membuat semakan untuk keenam-enam individu terbabit ada melakukan kesalahan-kesalahan lain termasuk menyeberang ke Thailand melalui laluan rasmi atau sebaliknya.

Utusan Malaysia sebelum ini melaporkan, penyanyi wanita yang popular dengan lagu-lagu daerah negeri ini ditahan polis Thailand bagi membantu siasatan berkaitan rampasan 6,000 biji pil kuda dalam serbuan di sebuah hotel di Golok, Thailand.

Kesemua individu termasuk penyanyi berusia 20-an itu  ditahan dalam serbuan pada pukul 5 pagi waktu tempatan.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya