PH perlu bincang semula cadangan had jawatan MB dua penggal - Utusan Malaysia

PH perlu bincang semula cadangan had jawatan MB dua penggal

AMINUDDIN Harun pada sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Mingguan Exco di Wisma Negeri di Seremban hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Pakatan Harapan (PH) perlu melakukan perbincangan semula berhubung cadangan supaya tempoh jawatan Menteri Besar dan Ketua Menteri dihadkan selama dua penggal seperti yang terkandung dalam manifesto parti itu pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Pengerusi PH Negeri Sembilan yang juga Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, perbincangan semula itu turut mengambil kira pertimbangan pembentukan Kerajaan Perpaduan ketika ini.

Jelas beliau, Negeri Sembilan pernah membawa usul mencadangkan supaya tempoh jawatan Menteri Besar Negeri Sembilan dihadkan selama dua penggal sebagai satu enakmen pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) pada penggal sebelum ini, bagaimanapun ditolak.

“Semasa itu apabila dibawa ke sidang DUN telah ditolak jadi akan bincang balik semula. Seperti sedia maklum itu adala dasar kerajan PH awal dulu dan telah ditolak jadi kena bincang semula dengan PH,” katanya pada sidang akhbar selepas beliau mempemgerusikan Mesyuarat Mingguan Exco di Wisma Negeri di sini hari ini.

Aminuddin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sikamat dilantik sebagai Menteri Besar Negeri Sembilan selepas PH menang di negeri ini pada PRU-14 pada 2018.

Beliau sekali lagi dilantik sebagai Menteri Bear untuk penggal kedua selepas PH dan Barisan Nasional (BN) yang membentuk Kerjasama Kerajaan Perpaduan menang sebanyak 31 buah kerusi DUN pada Pilihan Raya Negeri (PRN) tahun lalu.

Sementara itu, Aminuddin yang juga Pengerusi Majlis Pimpinan PKR Negeri Sembilan memaklumkan, parti itu di negeri ini berada dalam mood yang baik menjelang Pemilihan PKR tahun hadapan.

“Nampaknya sudah ada usaha, ada yang bisik-bisik kepada saya yang mahu bertanding dan sebagainya, itu terpulang, kita demokrasi dan terserah kepada ahli untuk menentukan siapa yang mahu dipilih oleh mereka khususnya di peringkat Cabang.

“Insya-Allah lebih tenang berbanding tetapi biasalah apabila ada pemilihan itu tetap akan berlaku gelombang, saya kata tenang kerana ketika ini keadaannya begitu tetapi dalam politik itu tidak tentu,” katanya lagi.

Pada Pemilihan PKR pada 2022, Aminuddin menang bagi jawatan Naib Presiden dan Ketua Cabang PKR Port Dickson.

Baru-baru ini Perdana Menteri yang juga Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mahukan supaya pemilihan PKR disegerakan yang sekali gus akan membuka ruang kerjasama antara tenaga muda dengan pemimpin lama bagi menguruskan parti dengan lebih efektif.-UTUSAN.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya