PGA tumpaskan kegiatan pengedaran air ketum

PGA tumpaskan kegiatan pengedaran air ketum

BUNGKUSAN air ketum yang dirampas PGA semasa melakukan serbuan di Kampung Senor, Kubang Pak Itam, Pasir Mas, Kelantan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASIR MAS: Batalion 7 Pasukan Gerakan Am (PGA) menumpaskan kegiatan pengedaran air ketum selepas menyerbu sebuah kawasan semakan yang dijadikan sebagai pusat memproses minuman itu di Kampung Senor, Kubang Pak Hitam di sini semalam.

Dalam serbuan pukul 1 pagi itu, kesemua suspek melarikan sejurus menyedari kehadiran anggota PGA yang melakukan rondaan rutin menerusi Op Taring Wawasan Kelantan.

Komander Briged Tenggara Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab. Hamid berkata, hasil pemeriksaan di lokasi telah menjumpai 35 bungkus air ketum dan dua botol ubat ubat batuk.

Katanya, anggaran rampasan dianggarkan berjumlah RM760.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 30 (3) Akta Racun 1952. Kesemua barangan rampasan dibawa Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Pasir Mas untuk tindakan selanjutnya,” katanya ketika dihubungi pemberita di sini hari ini.

Nik Ros Azhan memberitahu, PGA akan terus mempergiatkan usaha mengekang kegiatan pemprosesan air ketum dari terus berleluasa di sempadan negara.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya