PGA rampas rokok elektronik, cecair vape seludup RM221,500 - Utusan Malaysia

PGA rampas rokok elektronik, cecair vape seludup RM221,500

SEBAHAGIAN rokok elektronik yang dirampas di pangkalan haram Pak Su Rani, Rantau Panjang, Kelantan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RANTAU PANJANG: Batalion 8 Pasukan Gerakan Am (PGA), Briged Tenggara merampas lebih 900 unit rokok elektronik dan 390 botol cecair vape dalam sebuah kereta yang ditinggalkan dalam keadaan mencurigakan di pangkalan haram Pak Su Rani di sini semalam.

Rampasan dilakukan pada pukul 9 malam hasil rondaan rutin menerusi Op Taring Wawasan Kelantan.

Komander Briged Tenggara Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab. Hamid berkata, pemeriksaan ke atas kereta itu telah menjumpai lebih 900 unit rokok elektronik dan 390 botol perisa vape dipercayai diseludup dari Thailand.

Menurutnya, kesemua barangan rampasan itu dibawa ke Balai Polis Rantau Panjang untuk tindakan lanjut.

“Rampasan dianggarkan berjumlah RM221,500 dan kes disiasat dibawah Sek 135(1)(d) Akta Kastam 1967,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Nik Ros Azhan memberitahu, PGA akan terus mempergiatkan usaha bagi mengekang kegiatan penyeludupan dari terus berleluasa di sempadan negara.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya