Petani rugi padi matang tidak dapat dituai

Petani rugi padi matang tidak dapat dituai

MARZUKI Ibrahim (kiri) dan Fauzi Kasim menunjukkan padi yang rosak apabila tidak dapat dituai di Kampung Buluh Hilir, Setiu, semalam. – UTUSAN/WAN ZURATIKAH IFFAH WAN ZULKIFLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SETIU: Golongan petani di Kampung Buluh Hilir di sini, berdepan risiko kerugian apabila padi yang sudah matang tidak dapat dituai sekiranya berlaku hujan lebat dalam masa terdekat.

Ia berikutan Malaysia dijangka menerima taburan hujan antara 20 hingga 40 peratus lebih tinggi berbanding kadar biasa pada penghujung November sehingga tahun depan.

Seorang petani, Marzuki Ibrahim, 50, berkata, padi di kawasan tersebut tidak dapat dituai ekoran masalah kekurangan jentera penuai padi yang dihadapi.

“Para petani terpaksa menanggung kerugian ribuan ringgit apabila padi dituai tidak sempat dituai dan akhirnya musnah akibat banjir,” katanya ketika ditemui di Kampung Buluh Hilir, di sini, semalam.

Katanya, sekiranya keadaan ini berterusan padi yang masak akan menjadi ringan sekiranya dibiarkan dalam tempoh panjang.

Sementara itu, seorang lagi petani, Kamarudin Abdul, 55, berkata, setakat ini, dianggarkan sebanyak 10 peratus padi baru dituai di kawasan seluas kira-kira 200 hektar milik 30 petani di kampung itu.

“Apabila hujan proses penuaian tidak dapat dilakukan dan kita terpaksa menunggu sehingga cuaca panas agar padi dapat dituai. Bagaimanapun sekiranya jentera rosak proses penuaian sekali lagi terpaksa ditangguhkan dua hingga tiga hari sehingga siap dibaik pulih.

“Hal ini amat membimbangkan petani selain daripada masalah padi ditenggelami banjir dan juga ancaman penyakit serta haiwan perosak,” katanya.

Fauzi Kasim, 50, pula berkata, selain itu, sistem perparitan juga menjadi slah satu punca pengairan air ke petak padi di seluruh kawasan itu tidak sekata.

“Setiap tahun petani-petani di sini akan bergotong-royong membersihkan sistem perparitan, namun masalah sama tetap berulang dan ia berlaku berterusan setiap tahun,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya