Pertahan golongan tidak merokok agar kekal

Pertahan golongan tidak merokok agar kekal

Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan terus memperangi tabiat mero­kok walaupun Generasi Penamat (GEG) tidak dimasukkan ke dalam Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad berkata, kementeriannya melaksanakan Pelan Advokasi Lima Tahun bagi melindungi golongan bukan perokok terutama kanak-kanak dan remaja.

Kata beliau, ia bagi memastikan golongan tersebut tidak memulakan tabiat merokok dan kekal tidak merokok sepanjang hayat.

“Itu cita-cita Kementerian Kesihatan (KKM) walaupun tidak ada GEG tetapi masih lagi (berusaha). Apa yang penting bukan undang-undang itu tetapi tujuan (itu sendiri). Kita mahu mereka sendiri menolak tabiat merokok kerana kemudaratannya,” katanya semasa Sesi Kamar Khas di Bangunan Parlimen semalam.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan dari Khoo Poay Tiong (PH-Kota Melaka) yang memintanya memperincikan langkah tegas kerajaan menangani isu tersebut termasuk penggunaan rokok elektronik atau vape.

Mengulas lanjut, Dr. Dzulkefly berkata, pelan tersebut juga akan membantu golongan pero­kok supaya berhenti merokok dengan mendapatkan perkhidmatan yang disediakan.

“Hasrat ini dapat dicapai dengan kerjasama semua pihak, agensi, kementerian, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan pihak swasta,” jelasnya.

Tambahnya, kerajaan berharap akta yang berkuatkuasa bermula bulan ini itu diharapkan dapat mengurangkan penyer­taan kanak-kanak dan remaja dalam tabiat merokok. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya