KUALA LUMPUR: Pelancongan berasaskan pendidikan (Edu-tourism) merupakan satu landasan untuk memantapkan hubungan dua negara khususnya dalam bidang pelancongan dan pendidikan.
Menurut Pengarah Urusan Taj Tours Malaysia, Datin Sri Rahayu Tajuddin, pihaknya konsisten dalam mempromosi Malaysia sebagai hub pelancongan edu.
“Ianya sangat ideal kerana pelancongan edu bukan sahaja menarik pelancong ke Malaysia tetapi juga mempunyai objektif untuk naik taraf dan tambah nilai kualiti pembelajaran demi menghasilkan modal insan negara yang hebat. Ia ‘win-win’ untuk semua.
“Sambil melancong mereka dapat meluaskan rangkaian masing-masing, berkenalan dengan ramai orang dan mengenali satu komuniti lain di negara luar. Banyak pengalaman dan ilmu tambahan yang mereka perolehi.” katanya ketika dihubungi, semalam.
Lazimnya, pelancongan edu merangkumi pengisian trip pelancongan yang komprehensif di samping menyaksikan kolobrasi antara dua universiti atau kolej dan pemain-pemain industri yang lain.
Dalam hal itu, katanya lagi, program direka khas dan dipadankan mengikut kepada profil peserta agar ia menepati kehendak dan keperluan kumpulan tersebut.
Jelas Sri Rahayu lagi, Malaysia menjadi pilihan hub pelancongan edu kerana Malaysia menawarkan ekosistem pelancongan dan pendidikan terbaik, persekitaran yang kondusif dan bertaraf antarabangsa. Ramai juga pelajar yang turut melihat Malaysia sebagai tempat untuk mereka bekerja setelah menerima ijazah.
“Sambil melancong mereka dapat meluaskan rangkaian masing-masing, berkenalan dengan ramai orang dan mengenali satu komuniti lain di negara luar. Banyak pengalaman dan ilmu tambahan yang mereka perolehi.
“Bagus untuk promosi negara. Di alaf ini semua pun mempunyai akaun sosial media masing-masing, dan di situ mereka akan promosi Malaysia habis-habisan.” katanya lagi. – UTUSAN